Khamis, 11 Jun 2009

Boleh Claim Doh ni




Bila semua stump ini siap maka saya akan membuat tuntutan pembayaran kerja sebanyak 10%. Saya telah menghubungi en Zubir Tukang Pelan untuk pengesahan bagi membuat tuntutan kepada Bahagian Perbendaharaan.

Saya terus memantau keadaan di tapak sambil memikir bila duit mahu sampai. sehingga ini pinjaman oleh tuan rumah belum lagi di lulus. Baru peringkat proses membuat gandaian di Pejabat Tanah Kuala Terengganu.

Keadaan Stump di Tapak




Keadaan di tapak yang menunjukkan progres pembinaan telah siap kesemuanya. Selepas ini mesin case digunakan untuk menimbuskan semua lubang. Proses seterusnya untuk membuat beam pula.

Bingkai Kayu Ditanggalkan

Kelmarin pada 10.Jun.09, Bingkai tiang stump ditanggalkan. Keadaan air maseh berada dalam lubang.

Menggunakan tukul membuang bingkainya setelah empat hari bersarang.

Inilah keadaan stump yang telah siap.

Isnin, 8 Jun 2009

Tiang stump dalam lubang



Setelah bingkai stump ditanggalkan maka proses membuat beam akan dijalankan. Lubang-lubang ini akan dikambus semula.



Konraktor yang serius melihat progres pembinaan.

Air Maseh Belum Kering

Ini keadaan tiang stump yang bersambungan dengan footing.


Inilah cabaran sebagai kontraktor yang tidak mampu melawan kuasa Allah. Hujan dikatakan setiap malam turun atau seminggu ada dua kali turun. Tapi hujan adalah anugerah Allah.


Membuat Stump




Ini keadaan stump yang maseh berada dalam bingkai. Stump ini buat pada 7.6.09 dan 10 jun 09 akan dibuka bingkainya.


8 - jun 09

Sabtu, 6 Jun 2009

Hujan maseh turun lagi

Sehingga awal bulan Jun hujan maseh turun pada setiap malam. Keadaan tapak maseh berair termasuk air mata air yang keluar dari lubang.



Keadaan tapak maseh di tenggelami air.


Dari hari Sabtu 6 Jun 2009, kerja-kerja menyiap beam akan dilakukan.

Footing yang telah siap

Selepas besi siap dipasang dalam kotak maka simen yang telah siap dibancuh dengan batu 3 suku dicurahkan dalam kotak ini.


Apabila semin ini keras maka kotak ditanggalkan.





Keadaan Footing yang telah siap.

Menyiapkan Footing


Mula-mula masukan kotak kayu didalam lubang. Oleh kerana air mata air banyak dalam lubang maka pam sentiasa berada dalam lubang untuk menyedut air keluar.

Mendiri besi 12mm di atas tapak untuk dijadikan tiang. Tali benang yang bersilang digunakan untuk memastikan tiang stump didirikan ditempat yang sebenar.


Seterusnya meletak besi yang telah diikat dengan dawai kedalam kotak untuk sebagai asas untuk mendirikan tiang stum.

Kerja membuat Footing bermula

Inilah cabaran utama saya ialah cuaca. Boleh dikatakan setiap malam hujan turun menyebabkan banyak kerja-kerja ditapak tertangguh kerana kawasan tapak dan lubang dipenuhi air.


Oleh kerana hujan tidak henti-henti turun dan air dikawasan lambat kering terpaksa mesin menyedut air di beli. Jika tak guna pam ini maka kerja banyak tertangguh.


Lubang yang di gali telah dipenuhi oleh air maka mesin pam digunakan. Kotak kayu di masuk untuk kerja membuat footing.

Bahan Binaan Telah hantar di Tapak

Mesin pembancuh simen digunakan untuk mempercepatkan kerja-kerja ditapak.

Besi yang telah siap di ikat dan dibuat sebagai stump



Plywood yang telah siap dipotong untuk di buat formwork


Batu dan batu 3suku telah berada di tapak.

Kerja-kerja Mengali Lubang




Sebanyak 28 lubang di gali untuk membuat footing. Kesemua lubang di gali menggunakan mesin case yang disewa. Harga sewa untuk mesin tersebut ialah RM380.


Ini adalah saya, kontraktor yang ditugas membuat rumah ini.

Menyedia Paket Untuk Tapak Rumah





Menggunakan kayu 1x2 untuk memacang kayu sebagai kandang untuk membuat tapak asas rumah.

Memohon Keberakatan Dari Allah

Sebelum memulakan pembinaan, sebagai orang islam sebaik-baiknya kita mengadakan solat hajat untuk memohon kepada Allah semoga projek ini berjalan dengan lancar.

Saya telah menjemput beberapa orang kampung dan di iman oleh iman surau kampung tersebut.
Selepas solat hajat, mereke di jamu dengan nasi kunyit.

Membina Stor


Pada bulan April, sebuah stor untuk menyimpang barang binaan telah siap. Setiap malam hujan turun menyebabkan kawasan tapak becak.


Pandangan dari belakang Stor.

Kesemua Batu dijumpai

Hampir sejam lebih di bawah panas matahari, barulah kesemua batu penanda di jumpai. Selepas setiap batu diletakkan kayu penanda bagi memudah kerja-kerja membuat tapak rumah

Mengukur kawasan tapak

Oleh kerana tuan rumah tidak dapat mengenalpasti batu penanda tanda maka saya telah mengupah juruukur untuk mencari batu penanda. Ada batu yang tenggelam dalam air.

Air Bertakung di kawasan Tapak


Keadaan tapak dipenuhi air. Pada bulan march di katakan setiap hari hujan turun dan menyebab air bertakung. Tuan rumah tidak dapat mengagak keluasan tanahnya kerana tidak menjumpai batu penanda.

Bermula - meninjau tapak


Sebelum saya memulakan pembinaan rumah, saya pergi melihat tapak rumah dengan Tuan rumah iaitu Abang Ayub dan isterinya Kak Ani. Tapak ini terletak di kampong Tanjung, Wakaf Tengah, Kuala Terengganu