Khamis, 29 Oktober 2009

Beam telah Siap








Ini keadaan beam yang siap dibuka dan pasir yang ada untuk diletak dalam beam. pasir tersebut telah pun siap dimasukan dalam beam.

Khamis, 22 Oktober 2009

Menimbun Pasir





Sebanyak 10 lori pasir telah di hantar ketapak untuk menutup kesemua kawasan ground beam. Pasir diletak searas dengan beam. Ini akan memudahkan kerja-kerja menyiapkan lantai.

Kerja Menyiapkan Beam Siap




Semua kerja meyiap ground beam telah siap sepenuhnya. Minggu depan Boleh buka kotaknya. Selepas ini kerja menyiapkan tiang & roof beam akan bermula.

Beam yang siap




Keadaan beam yang sudah siap.

Rabu, 21 Oktober 2009

Konkrit Beam






Inilah kerja-kerja yang siap pada 20.10.09. Kebanyakkan kotak beam telah diisi dengan simen. Insya Allah dalam minggu ini semua kerja-kerja beam akan siap.

Kerja Menyiap Kotak Beam baru





Setelah sebelah kanan rumah beam telah siap dibuka maka kerja-kerja membuat kotak beam baru telah bermula. Kerja menyambung beam yang telah siap pada 19.10.09. Selepas itu besi akan dimasuk dalam kotak beam.

Membuka Kotak Beam





Inilah beam yang telah siap di buka pada 18.10.09

Khamis, 15 Oktober 2009

Konkrit Beam

Proses membuat simen konkrit
Simen dituang dalam beam
Kelihatan simen berada didalam beam.
Simen memenuhi beam.
Simen di cucuk dengan kayu supaya simen berada dalam mampat.
Simen yang dirata kelihatan siap dan menunggu beam keras barulah dibuka kotaknya.

Proses Meletak Besi Dalam Beam

Keadaan formwork untuk membuat beam.
Besi di letak dalam dalam kotak beam
Keadaan besi yang diikat besi link telah siap.
Hanya menunggu simen konkrit untuk di curah kedalamnya.
Kerja membuat di ukur dan setting dengan tepat supaya beam ini lurus.

Besi Link

Keadaan tapak maseh berair.

Kerja-kerja mengikat besi untuk membuat beam. Ini besi yang baru kerana Besi yg siap di ikat lama telah dicuri.
Pekerja membuat link.

Besi untuk tiang beranda.

Selasa, 13 Oktober 2009

Mengali Lubang Tiang Beranda

Formwork untuk beam telah siap separuh dan akan dimasuk besi & konrikit
Ukuran yang tempat diambil untuk membuat lubang tiang beranda.
Pekerja-pekerja sedang membetul kedudukan lubang tiang supaya lebih tepat lagi.
Lubang beranda digali.


Sentiasa memerhatikan pekerja membuat kerja.